Biografi Georg Friedrich Händel

Rumah Handel dilahirkanHandel semasa kanak-kanak

Handel dilahirkan di bandar Halle di Saxony-Anhaltlle, Jerman kepada Georg dan Dorothea, pada 1685, tahun kelahiran yang sama dengan Johann Sebastian Bach dan Domenico Scarlatti. Beliau menunjukkan minat dan bakat yang tinggi di dalam bidang muzik semenjak kecil lagi. Pada umur 7 tahun, beliau telahpun menjadi pemain hapsikord dan paip organ yang mahir dan pada usia 9 tahun, beliau sudah mula menggubah muzik.

Walau bagaimanapun, bapa beliau, seorang pakar bedah ternama (Barber surgeon), juga pembantu kepada majlis bangsawan Saxony dan Brandenburg,[1] dan seorang yang amat dihormati oleh penduduk Halle, tidak bersetuju dengan minat Handel untuk meneruskan pengajian atau membina karier dalah bidang muzik. Beliau mahu anaknya mempelajari undang-undang. Ibunya Dorothea, sebaliknya menggalakkankan Handel dengan minat muziknya. [2] Namun begitu, Handel dibenarkan mengambil kelas penggubahan muzik dan teknik keyboard dari Friedrich Wilhelm Zachau, seorang pemain organ Liebfrauenkirche di Halle. Pada hari jadinya ke 17, mak cik beliau, Anna meghadiahkan beliau sejenis alat muzik, “spinet” yang disorokkan di atas loteng rumah supaya beliau boleh memainkannya secara sembunyi tanpa pengetahuan bapanya. .[3][4]

Pada tahun 1702, beliau menurut permintaan bapanya dan memulakan pengajian di dalam undang-undang di Universiti Halle, tetapi kematian ayahnya pada tahun yang berikutnya mengubah pendirian beliau. Handel berhenti pengajian undang-undand dan menjadi pemain organ di gereja Protestant. Pada tahun berikutnya, beliau berpindah ke Hamburg, untuk memulakan pekerjaan sebagai pemain orkestra biola dan hapsikord untuk rumah opera. Di sinilah dua opera pertama beliau Almira dan Nero dipersembahkan pada awal tahun 1705. Dua lagi opera awal beliau , Daphne dan Florindo, dibuat dan dipersembahkan pada 1708 di Hamburg.

Pada tahun 1706 – 1709 Handel banyak membuat lawatan dan belajar di Itali. Ketika opera diharamkan oleh penguatkuasa tempatan, Handel kerja-kerja gubahan muzik suci dan menulisnya di dalam bentuk opera.

Karya yang terkenal Dixit Dominus (1707) ialah dari era ini. Opera Rodrigo dibuat di Florence pada 1707, dan Agrippina di Venice pada 1709. Agrippina yang menempah rekod dibuat berulang sebanyak 27 persembahan, menunjukkan kematangan di dalam teknik penulisan Handel yang mengukuhkan reputasi beliau sebagai penggubah opera. Dua karya oratorio beliau, La Resurrezione dan Il Trionfo del Tempo, dipersembahkan di Rom pada tahun 1709 dan 1710.

Pada tahun 1710, Handel dilantik sebagai Kapellmeister (bahasa Jerman bermaksud "Ketua penggubah muzik") oleh seorang kerabat diraja Jerman, George dari Hanover yang kemudiannya menjadi Raja England yang digelar Raja George 1. Handel melawat London pada tahun 1710 dan kemudiannya terus menetap di sana pada tahun 1712 dan menerima gaji tahunan £200 dari Permaisuri Anne.

Pada tahun 1723, Handel berpindah ke rumah yang baru dibina di jalan Brook, London yang disewa beliau selama 36 tahun hingga ke akhir hayatnya. Rumah itu kini dikenali sebagai “rumah muzium Handel” yang diperbaharui dengan seni arkitek Georgian dan dibuka kepada umum dan dibuat berdasarkan program-program muzik era Barok.

Rujukan

WikiPedia: Georg Friedrich Händel http://books.google.com/books?id=ZEoBAAAAQAAJ&dq=g... http://www.haendel-festspiele.com/data/home/index.... http://www.kunstderfuge.com/handel.htm http://magnatune.com/collections/handel http://www.valeriodistefano.com/lieberson.htm http://www.haendelhaus.de/ENGLISH/haendelhaus_e.ht... http://www.haendelfestspiele.halle.de/en/ http://cylinders.library.ucsb.edu/search.php?query... http://www.music.vt.edu/musicdictionary/appendix/c... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=...